Dasar privasi

Dasar privasi

NOTIS PRIVASI

A. Menarini Singapore Pte. Ltd., bertindak melalui Cawangan Malaysia ("Menarini" atau "kami") ingin memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda diproses mengikut undang-undang privasi dan perlindungan data yang berkenaan termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 ("Undang-undang Perlindungan Data").

  1. Pengawal Data dan Orang Hubungan

Pengawal data ialah A. Menarini Singapore Pte Ltd., sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura dengan nombor pendaftaran syarikat 200504607E, yang bertindak melalui Cawangan Malaysia, yang beralamat di B-18-2, Aras 18, The Ascent Paradigm, No. 1, Jalan SS7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai pemprosesan data peribadi anda oleh kami, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data di:dpo.my@menariniapac.com.

  1. Jenis Data Peribadi yang Kami Kumpulkan dan Proses

Berhubung dengan kempen"1000 Untold Stories" ("Kempen"), kami mengumpul kategori data peribadi berikut daripada anda:

  1. gambar anda dan/atau bayi anda. Sila ambil maklum bahawa pemprosesan gambar anda oleh alat AI untuk mengekstrak ciri-ciri wajah anda dan menjana imej seakan-akan diri anda yang dianimasikan merupakan pemprosesan data biometrik, yang merupakan data peribadi sensitif di bawah Undang-undang Perlindungan Data. Pemprosesan data ini hanya akan berlaku atas persetujuan secara nyata anda;
  2. alamat e-mel anda; dan
  3. apa-apa maklumat yang kami anggap perlu atau sesuai dari semasa ke semasa berkaitan dengan urusan dan/atau hubungan anda dengan kami.

(secara kolektif, "Data Peribadi").

Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidak memberikan Data Peribadi anda kepada kami, kami mungkin tidak dapat menjana video animasi AI yang diperibadikan atau menghantarnya kepada anda, dan anda tidak akan dapat mengambil bahagian dalam Kempen tersebut.

Setakat mana anda mendedahkan kepada kami sebarang data peribadi individu lain, anda memberi jaminan dan bersetuju bahawa:

  1. anda telah mendapat persetujuan individu tersebut untuk pendedahan data peribadinya kepada kami dan untuk pemprosesan data peribadinya oleh kami; atau
  2. sekiranya individu tersebut berumur di bawah 18 tahun, anda adalah ibu bapa individu tersebut, dan anda mempunyai kuasa untuk memberikan persetujuan bagi pihaknya, dan anda dengan ini memberikan persetujuan tersebut bagi pihaknya untuk pendedahan dan pemprosesan data peribadinya oleh kami.
  1. Sumber Data Peribadi

Kami boleh mengumpul Data Peribadi anda secara langsung daripada anda seperti apabila anda memberikan maklumat anda kepada kami melalui laman web ("Laman Web") atau sebarang komunikasi dengan kami. Kami juga boleh menjana Data Peribadi anda, termasuk melalui penghasilan video menggunakan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) (AI).

  1. Mengapa dan Bagaimana Kami Memproses Data Peribadi Anda

Data Peribadi anda diproses bagi tujuan berikut:

  1. Penciptaan, Penyampaian dan Pengehosan Video Dijana AI yang Diperibadikan untuk Anda

    Penjanaan dan Penyampaian Video AI Data Peribadi anda dikumpulkan terutamanya untuk menjana video animasi AI yang diperibadikan untuk anda ("Video") dan untuk menghantar pautan unik dan peribadi ke peti masuk e-mel anda yang membolehkan anda menonton Video tersebut. Pautan Video hanya boleh diakses oleh anda melalui alamat e-mel yang anda berikan. Gambar anda diproses oleh aliran kerja pemaparan AI (AI rendering workflow) dalam Google Cloud Platform untuk menjana output Video animasi.

    Alamat e-mel dan gambar anda akan dipadamkan secara automatik dan kekal dalam tempoh 24 jam selepas Video anda dijana. Data tersebut tidak akan disimpan untuk apa-apa tujuan lain.

    Gambar anda dikongsi dalam Google Cloud Platform semata-mata bagi tujuan menjana Video animasi anda. Gambar anda diproses dalam Google Cloud Platform atas arahan kami dan Google Cloud Platform dilarang menggunakan gambar tersebut bagi tujuan lain, termasuk latihan model AI. Data Peribadi anda dipadamkan daripada dalam Google Cloud Platform dalam tempoh 1 jam selepas muat naiknya.

    Kami juga boleh memproses Data Peribadi anda melaluisistem analitik data raya (big data analytics systems) bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini. Bagi tujuan tersebut,'data raya' bermaksud pemprosesan data peribadi secara besar-besaran dan berterusan yang diagregatkan daripada pelbagai sumber, termasuk untuk menganalisis tingkah laku, mengenal pasti trend atau mengelaskan pengguna.

    Di samping itu, Menarini mengekalkan hak terhadap Video dan boleh, tertakluk kepada persetujuan yang anda berikan, menghasilkan semula dan mengedarkan Video (dalam apa-apa cara dan dalam apa-apa format mengikut budi bicara Menarini) melalui saluran berikut: menghubungkan Laman Web ke saluran digital lain termasuk Facebook; memaparkan Video di persidangan dan acara; berkongsi Video melalui semua saluran media sosial dan komunikasi Menarini; dan mengedarkan Video melalui agensi pihak ketiga yang menjalankan kempen atau menerbitkan artikel.

  2. Penyimpanan dan Paparan Video Video anda akan disimpan di Laman Web ini selagi Laman Web tersebut kekal aktif, melainkan anda meminta Video tersebut dipadamkan. Video anda akan digunakan untuk tujuan promosi dan pemasaran Kempen serta produk Dermatix selagi Laman Web tersebut kekal aktif, termasuk tetapi tidak terhad kepada paparan di persidangan, acara dan pameran, pengedaran melalui agensi pihak ketiga dan rakan media, serta penyertaan dalam artikel, penerbitan dan bahan pemasaran serta bahan kempen yang lain.
  3. Penerbitan Media Sosial Dengan persetujuan berasingan dan tambahan anda, Video anda mungkin dikongsi di saluran media sosial rasmi Menarini. Persetujuan ini adalah pilihan dan berasingan daripada persetujuan anda untuk menjana Video. Anda boleh menolak perkongsian media sosial tanpa menjejaskan keupayaan anda untuk menggunakan laman mikro (microsite) atau menerima Video anda. Sekiranya anda telah memberikan persetujuan untuk perkongsian media sosial dan kemudiannya ingin menarik balik persetujuan tersebut, anda boleh menghubungidermatix.amap@menariniapac.com untuk memohon pengalihan keluar Video anda daripada saluran media sosial Menarini, walaupun pengalihan keluar kandungan yang telah diterbitkan tidak dapat dijamin.
  4. Tujuan Statistik dan Undang-undang Data Peribadi anda juga mungkin diproses setakat yang benar-benar diperlukan untuk mematuhi Undang-undang Perlindungan Data dan peraturan yang berkaitan, memastikan fungsi dan keselamatan laman mikro beroperasi dengan baik, dan untuk mewujudkan atau mempertahankan tuntutan undang-undang demi kepentingan Menarini, setakat yang dibenarkan di bawah Undang-undang Perlindungan Data.
  1. Keselamatan dan Pemprosesan

Semua data dimasukkan ke dalam sistem Menarini dengan mematuhi sepenuhnya Undang-undang Perlindungan Data, termasuk langkah-langkah keselamatan dan kerahsiaan yang sewajarnya, dan selaras dengan prinsip kesahihan, keadilan dan ketelusan.

Walaupun kami berusaha untuk melindungi Data Peribadi anda, pemprosesan data sentiasa mempunyai risiko tertentu, termasuk kemungkinan akses tanpa kebenaran, pengubahan atau kehilangan yang berada di luar kawalan munasabah kami. Bagi menangani risiko ini, kami menggunakan perlindungan teknikal dan organisasi yang bersesuaian dan mengekalkan pematuhan terhadap Undang-undang Perlindungan Data yang berkenaan.

  1. Pendedahan kepada Pihak Ketiga

Data Peribadi anda diproses secara elektronik dan manual mengikut tujuan yang diterangkan dalam Notis Privasi ini dan hanya boleh diakses oleh kakitangan Menarini dan Kumpulan Menarini yang memerlukan akses untuk melaksanakan tugas kerja mereka, termasuk kakitangan teknikal, IT, pemasaran dan pematuhan, serta penyelia mereka.

Data Peribadi anda juga boleh didedahkan kepada kategori penerima berikut, termasuk di negara di luar Malaysia untuk tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini ("Negara Ketiga"):

  1. Pembekal pemprosesan AI — gambar anda dikongsi dengan Google Cloud Platform, semata-mata untuk tujuan menjana Video anda. Google Cloud Platform bertindak sebagai pemproses data di bawah arahan kami dan secara kontrak Google Cloud Platform dilarang daripada menggunakan Data Peribadi anda untuk sebarang tujuan selain daripada penjanaan video, termasuk latihan model AI. Gambar anda dipadamkan daripada Google Cloud Platform sebaik sahaja pemprosesan selesai, selaras dengan tempoh pemadaman satu jam yang diterangkan dalam Notis Privasi ini;
  2. Pembekal perkhidmatan IT dan perkhidmatan pengkomputeran awan— pembekal pihak ketiga yang membekalkan infrastruktur teknikal yang diperlukan untuk mengendalikan Laman Web ini, termasuk perkhidmatan pengehosan dan pengkomputeran awan, setakat yang diperlukan untuk penyampaian perkhidmatan;
  3. Platform media sosial — sekiranya anda telah memberikan persetujuan pilihan yang berasingan untuk perkongsian media sosial, Video anda mungkin dikongsi melalui [Nama Platform]. Setelah diterbitkan pada platform pihak ketiga, dasar privasi dan amalan pemprosesan data platform berkenaan tersebut akan terpakai;
  4. Institusi, pihak berkuasa dan badan awam — apabila diperlukan bagi tujuan institusi atau kawalselia mereka, atau di mana pendedahan dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan;
  5. Syarikat Kumpulan — syarikat-syarikat lain dalam Kumpulan Menarini, termasuk yang berpangkalan di Negara Ketiga, jika perlu untuk fungsi pematuhan, audit atau pengawasan dalaman, termasuk penguatkuasaan Tatalaku Kumpulan Menarini (Menarini Group Code of Conduct);

Dengan menerima dan memberikan persetujuan terhadap Notis Privasi ini, anda juga bersetuju terhadap pemindahan Data Peribadi anda ke tempat di luar Malaysia. Pemindahan rentas sempadan bagi Data Peribadi anda dilaksanakan selaras dengan Undang-undang Perlindungan Data yang terpakai.

Setiap penerima hanya akan menerima data yang benar-benar diperlukan untuk fungsi masing-masing dan dikehendaki memproses data tersebut semata-mata bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini dan mematuhi Undang-undang Perlindungan Data. Penerima akan bertindak, mengikut keadaan, sebagai pengawal bebas, pemproses atau individu yang diberi kuasa untuk memproses data peribadi.

Kecuali sebagaimana yang dinyatakan di atas, Data Peribadi anda tidak akan dikongsi dengan, atau disebarkan kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak melaksanakan fungsi komersial, profesional atau teknikal untuk Menarini.

  1. Hak-hak anda

Dengan menghubungi kami melalui Pegawai Perlindungan Data di alamat yang dinyatakan di atas, anda boleh, pada bila-bila masa, melaksanakan hak anda di bawah Undang-undang Perlindungan Data seperti berikut:

  1. Memohon akses kepada dan/atau pembetulan Data Peribadi anda.
  2. Mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda, termasuk data peribadi yang berkaitan dengan individu lain yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi tersebut.
  3. Menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa; walau bagaimanapun, tindakan itu tidak akan menjejaskan kesahihan pemprosesan yang dijalankan sebelum penarikan balik persetujuan tersebut.
  4. Memohon supaya Video anda diturunkan pada bila-bila masa. Setelah menerima permintaan anda, Video anda akan dialih keluar secepat mungkin, dan dalam apa jua keadaan dalam masa 72 jam.
  1. Bahasa Notis Privasi ini

Notis Privasi ini disediakan dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan dalam Bahasa Malaysia. Kedua-dua versi adalah sama-sama asli. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan atau perbezaan tafsiran antara kedua-dua teks, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.